Showing posts with label APA-APA SAHAJA. Show all posts
Showing posts with label APA-APA SAHAJA. Show all posts

Monday, April 30, 2012

Seorang Perempuan Itu



Kasihan Seorang Perempuan


Diam, maka dia lemah.
Lantang, maka nampak salah.
Pasif, maka suami gatal.

Kahwin pula, "bila beranak?"
Tak kahwin, pasti digelak.
Berzuriat, tidak cukup sempurna.
Tak berisi, lagi lah dikata.

Berhijab, ertinya tak cukup labuh.
Tanpa bertutup, lagilah heboh.
Jika setia, bakal dimadu sana sini.
Jika curang, maka dicanang keji.

Terlalu cinta,maka dimain-mainkan.
Terlalu berjaga, akan dimarah-marahkan.
Sering nangis, rimas selalu.
Mata kering, akan dipanggil batu.





Friday, April 20, 2012

“Bunga bukan sekuntum, Kumbang bukannya seekor”




Inilah yang dikatakan realiti dan kebenaranya. Tidak semestinya semua lelaki akan tertarik pada seseorang wanita itu. Daripada meneka sambil berharap dan berangan-angan kosong tidak tentu hala.

Lebih baik anda mengenali akan tanda-tandanya sedari awal sama ada seseorang lelaki itu berminat atau sebaliknya dengan anda.

Jika anda hairan kenapa lelaki kurang tertarik pada diri anda, topik ini mungkin boleh memberi anda gambaran kenapa anda sukar mendapat cinta dari seorang lelaki. Jom kita Ketahui Tiga Sebab Kenapa Lelaki Tidak Tertarik Pada Diri Anda.

Kurang Keyakinan Diri

Lelaki adalah kaum yang lebih pemalu dari perempuan. Mereka mungkin hebat dalam beberapa perkara, namun sifat pemalu adalah tinggi dalam beberapa perkara. Jika anda kurang keyakinan diri dan kurang bergaul dengan dia, dia tidak tahu anda berminat pada dia.

Disebabkan malu juga, dia tidak akan menegur anda jika anda bersikap tidak mesra kerana dia takut anda tidak akan layan dia semasa dia menegur anda

Anda Tidak Cool

Cepat marah, melenting dan selalu merungut akan menyebabkan lelaki takut untuk menghampiri anda. Lelaki paling takut jika berhadapan dengan wanita yang penuh dengan sikap di atas.

Anda perlu tenangkan diri dan sentiasa bersikap matang apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Melalui kematangan yang anda tunjuk, lelaki akan lebih mudah untuk jatuh cinta pada anda.

Penampilan Diri Yang Tidak Menarik

Lelaki selalunya akan jatuh cinta pada wanita yang jaga penampilan dirinya.Menjadi satu kebanggaan bagi lelaki apabila dia berjaya berdamping dengan seorang wanita yang tampil dengna penampilan yang menarik. Anda perlu jadi seorang wanita yang ceria dan sentiasa jaga pemakaian anda supaya sentiasa menarik.

Jika anda sudah memahami sebab-sebab yang dinyatakan di atas, jangan ragu-ragu untuk meninggalkannya. Tidak perlu mengharap lelaki ini akan melayani dan berlutut dihadapan anda, cari sajalah yang lain.





Monday, April 2, 2012

Lelaki SEKSI Idaman SAYA



Assalamualaikum


Keseksian seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani, iaitu :



  • Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

  • Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

  • Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

  • Lelaki yang tenang dan berlapang dada


  • Lelaki yang sering bersangka baik.


  • Lelaki yang tak pernah berputus asa.




Semoga hari ini aku tidak pernah berhenti berdoa untuk seorang lelaki yang paling seksi ini. 


Surely last, I probably used the best advice I could ever give to myself  is : TRUST on ALLAH



Friday, March 23, 2012

THINK!


Assalamualaikum


Semangat pulih sedikit demi sedikit hari ini walaupun ada sedikit pelik dalam diri. Akhir nya aku berjaya membawa diri di tempat yang aku rasa aku tak patut pergi. Sesungguhnya menyampaikan maklumat itu sukar. Semakin sukar jika kita menyampaikan maklumat melalui kata-kata yang sukar difahami. So, sama-sama lah guna bahasa yang mudah agar kata-kata yang kita ingin sampaikan itu mudah di fahami. Look ups! Aku start bergegar and terkesima dari petang tadi. Don't know why. I'm really shock. Ok, tumblr dh updates. Good Night :') City hunter nak lindungi aku malam ini. ♥ ♥ ♥ 



Apa guna kalau cantik, tetapi CURANG!





Tuesday, March 20, 2012

SABAR#!



Assalamualaikum


"Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira"






Bye