Monday, August 14, 2023

Healing atau Hea-Lang? Jadi housewife atau bekerja sambil jadi suri rumah?

Assalamualaikum wbt.

Sekadar luahan perasaan dan pendapat peribadi. Tiada berkaitan dengan semua kenalan dan sesiapa pun.

Apa pendapat korang tentang seorang suri rumah yang bekerja?

Ini pendapat saya, sekadar pengalaman yang dilihat dan mahu di luahkan.

Suri rumah yang bekerja ini :

  1. Hidupnya sunyi, berharap pekerjaannya setiap hari adalah salah satu healing terbaik bagi mereka.
  2. Emosi yang selalu tidak menentu, ya lah, pagi petang uruskan anak dan keluarga tetapi tiada masa untuk diri sendiri.
  3. Hidup dalam penipuan. Kalau penat atau marah terpaksa berlakon sihat dan gembira.

Kerana apa mereka begini? Kerana belum pernah ada manusia dan orang yang disekitarnya menyoal...awak okay? Esok aktiviti nak buat apa? Kalau ada masa, jum makan di luar. Tiada sesiapa pun bertanya soal, nak rehat ke tak? Boleh lagi ke ni nak buat kerja? Tak penat ke?

Teringin di sayangi seperti orang lain, yang asalnya hidup ini di lahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan. Tetapi, Allah belum izinkan. Saya cuba...

Sekian. 




Thursday, January 21, 2016

Bila Aku TIADA





B,  
Jika aku mati,
Kau kucup tak dahi?

B, 
Jika aku mati,
Kau menangis tak disisi?

B,
Jika aku mati,
Sepurnama kemudian kau ada pengganti?

B, 
Jika aku mati tahun ni,
Pakaikan aku pewangi yang wangi.

Pewangi yang aku pesan di TESCO, b ingat tak?
Sayur yang aku suka makan, b tahu tak?
Lagu yang aku putarkan di hp, b perasan tak?

Semoga b merindui aku.
Mungkin dia juga akan merindui b.
Tak sempurna dan aku akan tetap cuba.

Bidadari baru b,
Selamat datang.



21/01/2016