Dulu, aku ada seorang kawan
baik. Ya, perempuan. Tp dia dah tak ada, sekarang ni dia dah bahagia sebab tak
ada masalah nak fikir and tak perlu nangis macam aku sekarang sebab dia dah
jumpa yang Satu. Hampir setahun dah dia tak ada so serius aku tak lah happy
bila dia tak ada. Sebab dulu, masa aku sakit dia selalu teman aku kat hospital
and paksa aku makan ubat. Hahaha rindu.
Dia baik. Penyayang and
sangat baik hati. Yang paling penting, dia tak pernah marah walaupun perangai
aku macam budak-budak. Bila aku merajuk, dia pujuk. Kadang-kadang peluk.
Hahahaha rindu.
Tapi sekarang, aku dah tak
ada kawan macam dia. Kongsi air sama-sama, teman sembang and berbual sampai
ngantuk. Yang ada pun sekarang tak tahu semua pasal aku. Ada sorang ni, dia
baik and selalu mesej aku dalam seminggu tu memang akan mesej walaupun cuma
‘selamat pagi, have a nice day’ etc.
Happy je bila dapat mesej macam ni setiap pagi sebab arwah rajin and selalu
buat macam ni.
Tapi sekarang tak mungkin
akan ada lagi. Hahahaha, hm walaupun dulu ada orang offer jadi kawan baik aku
tapi aku takut dorang akan pergi dulu dari aku. Kan seronok bila kita pergi,
orang yang kita sayang tak tahu :’( hahahahaha rindu.
‘Adik dah besar, jadi
pandai-pandai lah fikir’
Salah ke kalau kita nak
terasa hati? Salah ke kalau kita nak tercari-cari? Ya, salah bila kita saja
rasa macam tu. Salah sebab perasan. Salah sebab rasa macam budak kecil, jadi
tak boleh mengedik merajuk terasa mengada-ngada dan macam-macam. So tak boleh
jadi budak kecil, kalau perangai macam budak kecil, semua benda yg kita buat tu
salah. Semua salah.
‘Lepas ni kalau tak nak contact
terus pun tak apa’
Baiklah. Tak contact terus
pun tak apa. Sebab suasana kerja dengan belajar tak sama kan? Arwah dulu boleh
je jadi kawan 24j bila-bila ja, walaupun dia kerja dia ada sahaja kalau perlu.
Walaupun muka aku ni susah sangat nak detect ada masalah, tapi arwah senang
saja tahu and suka paksa sampai aku cerita semua masalah aku. Ada lagi ke kawan
macam ni? Kalau ada, tolong peluk :’(
Okay tak nak bandingkan
sesiapa, Cuma nak bagitau sekarang sedih sangat. Suka je marah-marah, mungkin
silap aku lah tu. Tak pa lah. Aku diam.
‘Selalu ingat dengan orang
yang selalu ingat dengan kita’
Yes, dari kecil sampai besar
aku memang tak pernah berpisah dari family. And bila masuk ja university aku
jadi down untuk semester pertama. Kawan pun tak ramai mana selain dari
kawan-kawan serumah. Tahun 2011, ingat lagi masa ni. Masuk university semua
orang excited. Tapi excited kejap ja, seronok pun kejap ja. Lepas tu mula lah
nak berhenti belajar, tapi ada orang yang selalu bagi kata-kata semangat. Arwah
baik, dia selalu kata kalau nak senang kena mula dari susah sebab setiap
kepahitan dalam kesusahan tu akan datang dengan kemanisan kesenangan. Sama lah
dengan orang yg selalu mesej aku ni. Tapi kejap ja, semangat tu kejap ja.
Ingat mak ayah, kakak, abang
and keluarga lebih baik and beruntung daripada fikir masalah ni. Aduh, sedih
and rindu arwah. Lepas ni tak boleh cabut bunga sesuka hati kan? Sebab tak ada
orang nak teman parking kereta kat tepi jalan. Dah kena hon baru cabut lagi.
Hahahaha rindu :’(
Tolong tolong tolong jangan
bagi harapan dengan orang kalau tak mampu nak tunaikan. Ingat kata-kata ni?
Ingat sangat, tapi sekarang tak perlu ingat lagi. Pesan banyak mana pun, tapi
satu pun tak betul. Jangan datang rumah
family aku lagi and aku minta maaf sebab aku tak tunaikan janji.
Sebab aku sakit, jadi kau
boleh pergi. Sebab aku tak pandai nak besar, jadi kau boleh pergi. Sebab aku
benci makan ubat, jadi kau boleh pergi. Sebab aku tak cerita masalah aku dekat
orang, jadi kali ni kau betul-betul boleh pergi. Sendiri menyepi. Kot-kot lepas
ni semua orang nak terasa hati dengan aku, so boleh beratur dan bunuh aku.
Aku rindu dengan kitak. Kitak janji dolok, kitak sik
akan molah aku sedih tapi tok apa? Banyak org marah dgn aku and
kasar, sik suka. Tolong balit! :’(
Kesayangan 1988-2012 ( Al –
fatihah )
Respira Ra 2011-2013 (
Selamat maju jaya! )
Semua drama muslihat, tipu,
menipu, marah, kasar dan lain-lain sudah pun selesai. Maka, selesai juga
perasaan ini. Hanya Dia yang mampu menyembuhkannya. Look forward, Allah you
knows better.
wow..that was hell..feel sorry for your lost..saya takpernah hilang kawan baik dgn cara cm ni..so sy tak tahu cmne sakitnya,cmne peritnya..selagi kita tak rasa penderitaan yg orang lain rasa..kita takkan dapat memahami mereka..Bukan senang zara nk cri kawan yg betul2 nk kawan dgn kita..most of them just wanna take advantage from us..tak salah kalau awak nk ingat kawan baik awk yg dh takde tu..tak salah kalau takle move on..mungkin kalau awak dh jumpa pengganti yg sama mcm arwah..mungkin bole move on..tp susah an sebab acuan dan perangai tak sama..the best way mengadu kt Allah je..saya bukan lah baik sangat nak cerita pasal agama..tp itu je jalan terbaik..solat istikharah lebih baik..mintak petunjuk..lebih afdal buat waktu tahajjud..buat selagi tak nampak lg petunjuk tu..InsyaAllah dlm 7hari mungkin awak dpt petunjuk..tp petunjuk bukan sekadar dari mimpi..just serah diri je pada Allah..Dia je kawan baik yg terbaik kita pernah ada..cekalkan hati ye..be strong..i know you're a strong lady..keep calm..and let Allah do His job. ^_^
ReplyDelete=')
Delete