Aku berjalan membelah
orang yang bersimpang siur menuju tangga bergerak untuk ke atas. Aku perlu
lakukan sesuatu untuk memperolehi persetujuan abi dan mama dengan segera agar
segala kekusutan dapat di selesaikan dengan segera.
Antara cinta dan cita-cita,
aku akur memilih cita-cita yang bakal mewarnai kehidupan masa hadapan.
“Assalamualaikum abi,
Amir rasa petang nanti Amir nak datang pergi jumpa abi.”
Tapi aku nak beritahu
abi dengan kata-kata yang bagaimana? Aku buntu. Fikiranku menerawang memikirkan
pelbagai kemungkinan.
Amir meraup muka,
kebingungan. Walau apa pun yang terjadi, segala keputusan pasti akan memiliki
jutaan hikmah yang cukup memuaskan.
Setiba di rumah, Amir
lekas menuju ke kamar dan menunaikan solat fardhu zohor 4 rakaat tunai dengan
segera. Semoga dipermudah urusan ku, Ya Rabbana.
“Abi, Amir dan fikir
masak-masak. Amir nak sambung study di Universiti Jordan. Kalau boleh, Amir
mahu abi dan mama setuju dengan keputusan Amir. Demi masa depan Amir, Amir
harap abi dan mama memahami keinginan Amir yang tidak mahu Amir tepikan.”
“Amir, bukan mama tidak
mengizinkan pemergian Amir ke sana. Tapi, mama risau.”
Penyedut minuman di
dalam gelas kertas di putarkan beberapa kali. Namun jus epal kegemaran Amir
tetap tidak juga berkurangan. Leka seketika dengan khayalan cuma. Amir mengeluh
hampa. Hanya Allah sahaja yang mengetahui isi hati yang dia rasai dari
kelmarin.
Amir melepas pandang kea rah manusia yang memenuhi legar di tepi
gerai Kak Nona. Di sana, kelihatan ramai pelanggan yang ketawa riang. Dan dia?
Teringat akan kata-kata
sahabat tempoh hari di perpustakaan.
“Okey! Am jangan risau.
Ana dengan sahabat yang lain akan doakan Am peroleh jalan yang terbaik dalam
perjuangan. Ana doakan juga Am dapat kejar cita-cita Am. Ana dengan sahabat
yang lain akan tunggu kedatangan Am”
Pasti, bisik hati ku.
No comments:
Post a Comment