Sedang
aku duduk di kerusi bangunan pejabat, angin menyapa mesra. Tudung yang aku
gunakan turut beralun lembut. Aku pandang lantai, berselerakan sampah dan
dedaun kering yang diterbangkan hasil kerjasama padu sang angin. Kala itu juga,
di sudut anak mata coklat ku beralih ke arah seorang lelaki. Berhampiran dengan
anak tangga masjid yang selalu aku lalui sebelum masuk ke rumah Allah itu. Hati
aku berdebar. Memandang seraut wajah indah milik lelaki itu membawa aku
gambaran jiwa yang sangat tenang.
Perlahan
kaki ini aku langkah menuju kearah objek yang memuja mataku dan aku sampai
dengan memandangnya tanpa kerlipan. Pantas dan senyap.
“Aku
Amir. Aku tidak memiliki apa-apa.” Ringkas jawapannya bila soalan yang aku
berikan kepadanya saat dia mula menulis sesuatu ke arah buku yang sedikit usang
di tangannya. Tulisan khat di kertas itu lantas di berikan kepada ku lalu
beredar. Senyum.
Menitis
air mata ku satu persatu. Gugur sejuk membasahi pipi ku saat selesai mendengar
perkhabaran ayah tentang perkahwinan ku yang bakal di langsungkan minggu
hadapan. Segala persiapan indah sudah disiapkan dan aku masih menunjukkan wajah
yang tidak selayaknya. Siapa mahu di temukan dengan seorang lelaki yang tidak
kita ingini. Siapa pula mahu mengorbankan seumur hidup menjadi isteri kepada
seorang lelaki yang tidak pernah dikenali langsung wajahnya. Perit. Dan
perlahan aku membahu jalan di sekeliling rumah bagi menenangkan diri. Aku akur.
Lantas
aku melangkah ke dapur dan berharap ada sedikit kudapan untuk aku jadikan alas
perut. Dan ada sedikit lebihan karipap yang baru di goreng petang tadi aku
kunyah dengan perlahan. Enak buatan mama. Air tangan insan yang tidak pernah
berkata tidak kepada mana-mana anaknya, terutama aku sendiri si penangis yang
di sayangi nya.
"Ija,
macam mana? Dah pilih warna kain yang mama dah letak atas katil untuk majlis
pernikahan jumaat ni ke?" soal mama sambil senyum memandang ku penuh
lembut. Aku senyum, membasuh tangan dan memeluk erat mama dan memberitahu
bahawa warna pilihan ku sudah aku kemaskan di dalam almari yang hanya siap
untuk di pakai kelak.
"Ingat
sampai bila-bila pesan mama, satu sudah mencukupi dan jangan meminta lebih.
Kadang-kadang apa yang kita suka, tidak bererti ianya cukup sempurna untuk masa
depan kita ye sayang. Selalu ingat, mama ada untuk dakap hati Ija bila perlu
nanti. Gadis yang suci adalah gadis yang sentiasa dijaga oleh Allah."
pujuk mama di hujung telinga ku. Lembut.
MACAM BEST PART 1 .. CEPAT2 SMBUNG PART 2 LAK .. XSABAR NK BCE NI ..
ReplyDeleteTerima kasih dedeq. InshaAllah dlm kadar segera :)
Deleteterbaeekkk..
ReplyDeleteThanks :)
DeleteKenak tulis balit tok...
ReplyDeleteSBB XDA WATAK KAMEK..... WAAAA!!!!
hahaha, sik boleh tulis balit. mun tulis balit harus kitak belanja kmk roti john dolok :p
Deletebest2..we want PART 2>>ASAP!!!
ReplyDeletei will. inshaAllah. keep waiting okay :D
Deletebest! saya suka! rasa tak puas hati membaca part ni. Nak baca lagi part 2!
ReplyDeleteTerima kasih awak. Maaf kalau ada kurang, tunggu ok? :)
Deleteeh, bukan lah. cerita buat sendiri je :)
ReplyDeletebaiklah :D
ReplyDeletesesuai sangat baca cite ni sambil dengar lagu kat blog za. tersentuh :'(
ReplyDeletesuka baca pujukan mama yang last tu. rasa macam mak syerah yang tengah pujuk syerah :'(
*part 2, secepat yang mungkin! XD
sesuai sangat baca cite ni sambil dengar lagu kat blog za. tersentuh :'(
ReplyDeletepujukan mama tu yang last tu, rasa macam mak syerah yang tengah pujuk syerah. hee :')
*part 2, secepat mungkin! XD
Terima kasih syerah, sgt menghargai komen membina syerah. i will publish asap. tggu okay :')
Deleteada value tau cerita ni
betul2.. kadang2 apa yg kita tak suka tulah yg terbaik utk kita. sedih sangat lagu kat blog zaza ni. dari tadi lagi duk layan lagu kat sini kalo nak tau. hihi
ReplyDeletekan kan ss... zaza setuju, terima kasih.
Delete"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."(Surah Al-Baqarah ayat 216)
zaza! lupa nak tanya tadi.
ReplyDeleteif u dont mind to share, apa tajuk lagu kat blog ni eh? tq! ;)
hehehehe. ss, suka ye? terharu la bila ada org kongsi lagu and suka lagu yg sama dgn za. terima kasih ye. thanks. dari lagu "sendiri menyepi" sambil lagu sekarang kan? Thanks.
DeleteTajuk lagu "Selamat Pagi Cinta", nanti cari k :)
Bestnyaa cerita ni, sambung segera pelisss! :D
ReplyDeleteinshaAllah hus, kalau ada masa sy sambung :)
Delete=)
ReplyDelete